23 Mei 2013 - 14:06
Perpecahan merupakan pergerakan musuh

Ayatullah Makarim Syriazi menegaskan bahawa perpecahan dan perselisihan merupakan gerakan musuh: "Musuh memperjudi jiwa umat Islam dengan berbagai komplot dan mewujudkan perpecahan."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Makarim Syirazi berkata, "Islam banyak berpesan tentang kejiranan dan hubungan antara satu sama lain di kalangan mereka." Beliau menyatakan demikian ketika berbincang mengenai hubungan persaudaraan Iran dan Azerbaijan dalam pertemuannya bersama Syeikhul Islam Syukurpa Shazade, ketua pentadbiran umat Islam Caucasus dan Azerbaijan.

Beliau juga menegaskan betapa pentingnya negara-negara jiran menyedari rancangan musuh. "Kita tidak boleh membiarkan musuh membuat jurang antara kita, termasuklan mewujudkan prasangka buruk dan salah faham antara kita," ujar beliau.

Ayatullah Makarim Syirazi menerangkan bahawa umat Islam hendaklah mengingatkan hukum persaudaraan sesama mereka walau pun tinggal berjauhan antara Timur dan Barat, "Al-Quran dan ayat "Sesungguhnya kaum beriman adalah bersaudara" menjelaskan tentang persaudaraan sambil menegaskan sekiranya saudara-saudara umat Islam berpecah belah, mereka hendaklah segera berdamai."

Marji' Taqlid ini berkata kepada Syeikhul Islam, "Menurut apa yang kami dengar, anda yang berada di wilayah Caucasus dan Azerbaijan merupakan tokoh berpengaruh dan mampu bertindak untuk menggagalkan kegiatan musuh, begitu juga menyelesaikan masalah yang ada. Memang meyakinkan bahawa kunjungan ini akan menjadi sebuah persaudaraan yang amat mendalam antara kita, Azerbaijan dan wilayah Caucasus.

Tambah beliau lagi, "Berikanlah tarbiyah dengan kedudukan yang anda miliki, sehingga umat Islam menjadi bebas dan dapat melaksanakan program Islamik; ini disebabkan semakin mereka babas dalam melaksanakan program keagamaan, maka hubungan mereka dengan kerajaan semakin erat.

"Saya usulkan kepada presiden Azerbaijan agar memudahkan urusan rakyat dan membebaskan beberapa individu yang berada dalam penjara. Ini bakal memberikan kesan yang baik di kalangan rakyat di sana, begitu juga kesan terhadap negara jiran.

"Kami berusaha mempertimbangkan agar kebimbangan-kebimbangan antara dua jiran ini dapat disingkirkan dan persaudaraan dikukuhkan, ini akan memberikan faedah kepada kedua-dua negara, begitu juga faedah kepada Islam dan umat Islam," tutur beliau.

Syeikhul Islam Syukurpa Shazade pula menceritakan keadaan umat Islam di wilayah Caucasus dan Azerbaijan sepanjang pertemuan tersebut.